Cerpen 1 : Ini Cerita Aku
‘Are you sure nak sambung degree ni?’
Banyak benda yang bermain difikiran aku sehinggakan aku tidak mahu sedikitpun libatkan diri dalam apa-apa jenis perhubungan. Jujur aku rasa teraniaya sebab aku suka seseorang , aku bagi harapan sampaikan aku letak nama dia dalam doa aku. Aku rasa dia ialah bakal imam aku, yang boleh pimpin aku untuk perbetulkan apa yang aku silap. Tapi semua tinggal tanda Tanya. Macam seseorang itu.
‘Assalamualaikum, jemput datang majlis malam ni. Ada open house. Datang tau!’
Namun tiada balasan hanya salam dijawab beserta emoji yang aku sendiri tidak dapat baca. Beza user dan application biasalah.
Tetapi disebalik perkara yang mengecewakan ada seseorang menghiburkan diri ini. Jadi teman berbual bermacam perkara. Sungguh aku gembira dengan perubahan dia sekarang. Dari dia yang aku kenal sejak sekolah, teman cinta monyet aku. Tetapi sekarang lain, aku boleh berbual dengan rancak dengan dia dalam telefon tetapi aku kelu berbicara di hadapan dia.
Kali ini aku sendiri haramkan diri untuk melibatkan diri dalam apa-apa jenis hubungan haram. Aku Cuma yakin pada hubungan yang sah. Aku betul betul tunggu siapa yang setia, yang sayang aku sebaik mungkin. Aku tunggu sehingga masanya tiba. Aku tidak mahu terburu-buru apabila ingin mendirikan rumah tangga kerana bagi aku ianya tanggungjawab. Banyak yang asyik mendoakan jodoh aku tiba pada tahun hadapan. Tapi tahun depan ialah tahun degree aku jikalau rezeki aku ke sana. Tapi , sekarang banyak kisah berkahwin semasa belajar. Tak kisah yang mana asalkan bahagia.
Mungkin aku patut jujur dengan semua orang sebelum terlambat. Jujur untuk mengaku aku sukakan dia, sukakan Haikal. Apa sebenarnya keputusan dia aku tak tahu., mungkin aku patut jujur then aku bagi salam selamat tinggal. Kalau dia balas, bermaksud inshaAllah. Kalau tidak, aku terpaksa tahan malu selamanya sebab jujur sangat. Jujur pun salah ke?
Tak pun aku diamkan je. Aku perlu elak fikirkan dan teruskan pelajaran aku?
Mungkin iya. Jadi aku akan pergi jauh sambil melupakan apa sahaja yang aku rasa sekarang. Aku Cuma nakkan yang terbaik dalam hidup aku. Bagus diri sendiri! Kau lupakan segalanya sekarang.
Akhirnya hampir 3 tahun melupakan segalanya. Berjaya menggenggam segulung ijazah, akhirnya aku melangkah ke alam pekerjaan yang mencabar. Aku sebagai seorang doctor.Hari ini kami mengadakan pertemuan kawan-kawan sekolah menengah. Masing-masing sudahpun bekerjaya dan membina keluarga masing-masing. Aku antara yang masih rahsia dan berteka-teki soal jodoh. Sehingga kini aku rahsia apa sahaja yang aku rasa. Tempoh belajar, aku gunakan sebaik mungkin untuk belajar dan kenal semua perkara.
Ada antaranya yang telah bekeluarga, mempunyai anak berusia 3 tahun, sama usia seperti aku belajar. Aku gembira melihat mereka bekeluarga mempunyai anak-anak yang comel. Tetapi aku masih pasif. Sedangkan sahabat baik aku baru sahaja mendirikan rumah tangga tahun lepas menunggu kelahiran anak sulung. Aku sempat berseloroh mengatakan bayi mereka kembar. Seronok nampaknya. Tetapi aku menunggu kelibat seseorang yang aku tunggu 3 tahun lepas.
Itu pun dia..masih sendiri. Aku pun tidak tahu apa yang berlaku pada dia selama 3 tahun mungkin dia sudah habiskan diplomanya dan sedang memohon untuk kerja. Aku ingat apa yang dia katakan dulu ketika baru semester 1 diplomanya. Tetapi aku tidak menyapanya. Mungkin aku sendiri sudah terbiasa tidak berkata-kata dengan lelaki. Aku diamkan sahaja. Sahabat baik ku membawa aku ke arahnya. Suaminya dan lelaki itu merupakan sahabat baik sejak sekolah rendah.
Berbual mengenai kerjaya masing-masing. Aku perhatikan dia berbual dengan seorang rakan kami. Namun masa lebih cemburu akan waktu itu, aku terpaksa mengundur diri atas urusan kerja. Aku shift tengah malam hari itu. Sempat aku curi untuk berjumpa walaupun sedar diri ini akan berjaga sehingga pagi esok.
Hari itu, kes tidak banyak seperti biasa. Aku memeriksa pesakit yang ada di dalam wad. Memastikan mereka dalam keadaan terkawal dan baik. Jam 12 tengahari waktu aku makan dan berehat. Aku tidak makan, tetapi berehat di bilik untuk tidur sebentar. Tetapi aku lebih tertarik untuk scroll facebook, satu chat masuk. Ianya dari Haikal, setelah bertahun aku diamkan diri, aku tidak pasti sama ada kali ini aku patut berbuat demikian ataupun menjawab salamnya.
Kali ini juga aku tidak menjawab salamnya. Setelah meluahkan peraasaan aku dulu, aku ditolak akibat aku masih muda. Mungkin dia mahu berikan masa untuk aku. Kecewa aku hanya sementara. Aku lupakan semuanya. Aku meneruskan kerjaku seperti biasa. Lebih kurang jam 4.15 aku sedang berjalan di kawasan hospital tiba-tiba telefonku berbunyi. Chat masuk dari Haikal. Dia mengatakan dia terlihat aku di hospital tetapi tidak berniat untuk menganggu. Aku abaikan chat itu.
Tetapi apabila aku berjalan lagi, tiba-tiba aku disapa oleh dia. Betul-betul dihadapan aku sekarang. Aku terus mengatakan bahawa sekarang waktu kerjaku. Dia sibuk bertanya jam aku habis shift. Jam tepat 4.30 menandakan waktu aku balik. Segera aku thumb print balik, dan berjumpa kembali dia di café hospital. Berbual mengenai kerjaya masing-masing, dia sendiri terkejut yang dia berjumpa aku disini ketika sedang melawat kakaknya yang bersalin di hospital itu.
Dia menceritakan bahawa kakaknya semua sudah berkahwin manakala adiknya sudah bertunang. Namun apabila aku bertanya tentangnya, dia terdiam. Mungkin aku tidak patut bertanya soalan sebegitu. Dia segera menukar dengan bertanya tentang keadaan aku dan status aku sekarang. Berat aku katakan, tetapi aku cuba untuk jujur kali ini takut peluang datang sekali sahaja. Segera jujur bahawa aku menunggu seseorang yang pernah tolak aku dulu.
Tepat kali ini mata dia memandang aku, mungkin seakan ada sesuatu yang dia rahsiakan selama ini. Lama kami berbual sehinggakan aku tidak sedar jam menunjukkan hampir pukul 6. Perlahan aku pesan pada dia bahawa aku sentiasa doakan dia bertemu dengan jodoh yang dia cari. Aku meminta diri untuk pulang kerana penat sejak semalam lagi. Masih berteka-teki mengenai siapa sebenarnya yang betul untuk aku. Kali ini aku biarkan ianya menjadi tanda- Tanya
Sewaktu ingin beredar, dia sempat hulurkan kad perniagaannya. Sepanjang perkenalan, kami tidak pernah bertukar nombor dan hanya berbual di chat Facebook. Entah, mungkin aku sendiri tidak mahu memalukan diri dengan meminta nombor padanya. Atau dia sendiri tidak mahu memberitahu nombornya. Aku pegang kadnya sambil berlalu pergi. Aku tidak mahu bermain perasaan buat masa ini. Lalu aku membuat satu akal.
Beberapa minggu kemudian, aku baru mempunyai kekuatan untuk melakukan kerja gila ini. Aku segera menelefonnya menggunakan telefon awam untuk memberitahu sesuatu. Nyata dia begitu tenang apabila diberitahu tujuan aku berbuat demikian. Segera aku memberitahu nombor telefon yang dia perlu hubungi sekiranya dia mempunyai apa-apa hajat dalam erti kata lain meminta izin untuk mengenali aku.
Dia mencatit nombor itu aku rasa. Terus aku letakkan telefon tanpa banyak berkata. Sejam kemudian aku menerima chat dari dia mengatakan dia akan menghubungi pemilik nombor itu dalam beberapa hari. Masa yang lepas juga aku peruntukkan untuk meminta dari Yang Esa untuk satu kepastian adakah si dia jodoh aku sebenarnya atau bukan. Kini aku tambah yakin.
Ayah aku ingin bercakap denganku hari itu. Dengan senang hati dia berkata, dia baru sahaja berbual dengan bakal menantunya. Langsung aku menoleh ke arah tempat lain. Tidak bertanya sepatah, aku terus beredar. Mungkin dia telah memberitahu hajatnya pada ayahku. Kali ini aku capai kad perniagaan milik dia. Aku menekan skrin telefon untuk menyimpan nombor itu. Tidak berani langsung aku menghubunginya. Masih malu dan segan. Lama aku tidak merasa perasaan sebegini mungkin ini yang dinamakan cinta yang direadai. Baru sekejap aku tinggalkan telefon, tiba-tiba ianya berbunyi. Panggilan dari dia. Ya Allah, macam mana dia boleh dapat nombor aku. Ini mesti ayah yang bagi atau dia yang minta.
Aku menjawab salamnya. Dia memberitahu yang dia sudahpun berbincang dengan ayahku mengenai perhubungan ini. Aku sendiri kelu nak respond apa yang dia beritahu. Mungkin hati terlalu suka atau aku sendiri masih terkejut dengan lamaran yang dia nyatakan pada ayahku. Aku meminta diri untuk berehat atas sebab aku penat bekerja hampir 48 jam yang lepas.
Tak lama kemudian, kami bertunang. Dia tidak hadirkan diri di majlis itu. Dia hanya mewakilkan keluarganya untuk majlis itu. Mungkin ianya hanya adat. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk mengadakan akad nikah dan kenduri pada hari yang sama. Aku hanya setuju dengan apa sahaja keputusan mereka. Sepanjang tempoh perkenalan ini, aku merahsiakan semuanya dari sesiapa kecuali keluargaku. Aku tidak mahu menghebohkan hal ini, biarlah mereka tahu dari jemputan majlis aku nanti.
Tempoh pertunangan 3 bulan ditetapkan, aku gunakan sebaiknya untuk menyiapkan segala persiapan. Alhamdulillah, walaupun aku sibuk dengan kerja. Namun dia sebaik mungkin tidak mahu aku memikirkan seorang diri. Kadang-kadang ada ketika aku bekerja lebih dari 1 shift dia akan berhenti di hospital untuk memberikan makanan untuk aku. Hari yang ditunggu kian tiba. Aku mencuba untuk tidak berasa terlalu gembira. Cukup aku rasa bahagia kerana aku akan dikurniakan seorang suami yang baik dan soleh.
Berpakaian berwarna krim merah jambu yang sedondon, aku melangkah ke masjid. Ketika itu, bakal suami aku masih dalam perjalanan. Tak lama kemudian, dia tiba. Aku cuba untuk tidak memandang dia. Rakan-rakanku juga ternanti-nanti siapa dia yang aku tunggu sekian lama sehingga aku membawa diri jauh dan tidak buka hati pada sesiapa. Mereka terkejut dengan kad jemputan yang aku bagi kerana aku merahsiakan segalanya dengan rapi. Aku harap mereka faham tujuan aku ini.
Akad berlangsung. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi suami aku. Ketika itu, aku pertama kalinya memandangnya dengan hati yang berkata-kata. Mungkin aku sendiri tidak percaya aku telahpun sah menjadi isteri kepada lelaki yang reject aku dulu. Entahlah, mungkin aku menunggu jadi aku masih dikatakan setia tunggu dia walaupun kene reject. Abaikan semua yang bermain difikiran, aku kini sudahpun sah menjadi milik dia. Walaupun dalam sedar atau tidak aku sebenarnya merasakan sesuatu yang lain.
Dia datang ke arahku untuk menyarungkan cincin dan melafazkan ikar dengan meletakkan tangannya diubun-ubun kepalaku. Kini aku mula merasakan tanggungjawab yang bakal kami berdua galas sebagai sepasang suami isteri yang direadai Allah. Selesai majlis, kami beredar ke rumahku untuk kenduri doa selamat. Alhamdulillah, walaupun hanya kenduri tetapi jemputan melebihi jangkaanku. Ternyata ramai kenalan aku sejak dibangku sekolah datang untuk memeriahkan majlis disamping bertemu dengan aku serta berkenalan siapa gerangan suamiku.
Andai ini manisnya perhubungan yang halal. Aku sendiri tidak akan menjebakkan diri dalam cinta yang tidak pasti. Sekian.
Ini hanya cerita semata-mata. Tiada hubung kait sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Nantikan cerita yang seterusnya.
Ini hanya cerita semata-mata. Tiada hubung kait sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Nantikan cerita yang seterusnya.