Happy Birthday & Happy Degree
Kalau hari ini aku bangun aku inginkan hidupku seperti bayi, tidak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku. Tapi aku manusia, terus dibelenggu dengan jadual hidup yang masih ada.
5 tahun yang lepas,
Aku berumur 16 tahun, remaja yang masih mempunyai semangat membara untuk perjuangkan perkara yang tidak tentu pasti lagi. Mungkin sedang bergembira dengan nikmat selepas peperiksaan besar tahun sebelumnya. Masa tu, aku masih belum faham apa sebenarnya masalah dunia. Jauh lagi permikirannya itu.
10 tahun yang lepas,
Aku baru darjah 5, yang aku faham cuma kenapa aku perlu ke sekolah untuk belajar. Dibanding-bandingkan dengan budak pandai. Aku tidak hairan kenapa sedari kecil hidup aku dipertandingkan untuk menentukan kalah atau menang. Aku tertawa mengingatkannya kembali
15 tahun yang lepas,
Berkelana dari Sabah, membuka seluruh mata aku bahawa aku tidak lagi tinggal di kawasan kem, dimana kawalan ketat dimana-mana. Memulakan hidup di Semenanjung umpama titik pertama untuk diri ini berhijrah ke sini.
Lets be unformal,
Sedar tak sedar cecah je 13 Ogos tahun ni, aku berada di umur peringkat remaja dewasa, Dalam masa lagi 4 tahun, nak cecah 25. Tua rasanya masa tu. Tapi aku masih menghargai setiap saat umur aku berlalu, Semoga segala perkara baik-baik meresap dalam diri aku.
" Happy 21 to myself. "
Jam 2.54 ptg hari Selasa 9 Ogos 2016 , aku semak keputusan kemasukan untuk peringkat ijazah sarjana muda menerusi permohonan secara penerapan uitm. Alhamdulillah rezeki untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. Aku nak kekalkan sifat positif ni untuk selamanya. Mulanya aku down sampaikan aku boleh menangis. Aku risau macam mana keadaan aku nanti. Aku tak nak membebankan keluarga tapi dalam masa yang sama umi nak aku sambung. I just can't deny. 1 hari aku cuba untuk positifkan diri. Ini mungkin yang terbaik untuk aku. Lain orang lain rezekinya. Rezeki aku untuk sambung belajar, jadi aku kene teruskan apa yang aku mulakan.
Kali ini aku rasa teruk dengan diri sendiri. Aku boleh nampak potensi aku untuk terus belajar cuma aku kene rajin 300% dari diploma dulu. Bila aku bagitahu kawan-kawan aku, diorang bagi semangat untuk aku. Aku minta banyak kali untuk bawa semangat diorang untuk aku dekat sana nanti. Masa tu aku down kot. Cuba untuk positifkan diri yang aku boleh lakukan semua ini.
Hari ini, masa ini, aku makin yakin dengan keputusan aku. Yeaa!!! Road to Degree!
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan
2 tahun (4 Semester)
UiTM Kampus Puncak Alam
Banyak aku search tentang degree untuk course ni, tapi tak banyak yang aku tahu. Maybe aku akan kongsikan sedikit demi sedikit perjalanan aku dekat sana nanti. Doakan eh aku di Palam.