Aku Harap Aku Tak Jatuh Cinta
Jangan salah faham dengan tajuk. Aku cuma acah-acah mawar berduri yang entah sampai bila boleh bertahan. Kalau fikirkan balik target kahwin umur 25, tapi kita tak tahu kan apa yang berlaku nanti.
Cuma aku tak nak jatuh cinta atau ada hubungan dengan sesiapa sepanjang 2 tahun akan datang. Aku cuma terlalu seronok dalam hidup aku sampaikan aku tak perdulikan sesiapapun yang contact aku. Ada orang penting sahaja yang aku utamakan.
Aku masih nakkan masa sendiri, kalau boleh aku nak bercinta selepas kahwin supaya aku tak perlu habiskan masa aku untuk whatsapp ataupun call lama-lama. Masuk 20an ni, aku tak minat dah buat benda membazir masa aku nih. Aku tak perlu bazirkan masa aku kenal dengan orang then orang tu lesap macam tu. Bukan seorang tapi 2 orang buat aku macam tu. Rasa macam kene tumbukan supaya aku tak jatuh cinta sesuka hati.
Aku masih tunggu seseorang yang buat aku excited nak text, excited nak jumpa. Happy bila berbual. Plan something yang clear bukan acah-acah borak pasal jodoh tapi last-last jadi halimunan. Dan aku harap aku tak ambil masa lama untuk kenal, ditemukan jodoh dan terus ikatan sah. Jauhkan aku dari sakit hati lagi.

Tunggu aku mempunyai kerjaya dan hidup yang baik dari sekarang. InshaAllah, aku akan jumpa dengan jodoh aku yang sesuai. Terima kasih Ya Allah untuk hindarkan aku dari perkara yang menyakitkan hati aku.
.
Short entry for tunite.