Posts

Showing posts from December, 2016

Nak Dean List, Tapi No List

Image
Tujuan aku posting kali ini bukanlah untuk menghentam segala mak nenek yang sibuk mengejar apa itu erti kejayaan disebalik menjadi pelajar ANC. Sepanjang diploma aku berada dalam kalangan insan-insan yang cukup memberikan aku semangat untuk berjaya walaupun aku pernah jatuh teruk suatu masa dahulu. Tapi mereka yang menjadikan aku hari ini lebih semangat walaupun diorang jauh dari aku. Mereka ialah insan-insan yang dekan setiap sem dan hanya satu sem yang membeza untuk ke anugerah ANC. Tapi aku tahu, kita hanyalah insan biasa kan? Berbalik pada tajuk posting aku kali ini, tentang nak dekan tapi tiada azam tiada usaha hanya mengharapkan keajaiban yang berlaku which is tak mustahil tapi fikir logik takkan kau nak termenung sampai masuk dewan exam. Woooo, rileks, usaha bukan sahaja di atas buku bahkan usaha dari segi bermacam cara. Termasuklah cara bagaimana kau bergaul, bagaimana urusan kau dengan Allah yang menjadi rahsia, bagaimana impian adakah setimpal dengan usaha? Berbekal ...

Tips : Persediaan Untuk Final

Image
Final berbaki lagi 2 minggu dan sebenarnya banyak tugasan akhir yang kene submit yang perlu disiapkan secepat yang mungkin. Alhamdulillah, ada tugasan yang dah tinggal 10% untuk submit, cuma tinggal print sahaja. Ada juga yang masih 50% antaranya editing video & shooting innovation. Khamis lepas, satu team shooting video arab dalam masa 3 jam sahaja. Hebat tak hebat tu walaupun mengular kejap kat tempat jual-jual kat dewan serbaguna tu. Multitasking betul. Dan sekarang semuanya tinggal editing sahaja sebelum submit minggu akhir. Innovation video dah settle bincang, shooting next week and edit terus.  Last scene and we did it! Yang lain tinggal untuk subject Law yang case dia masih dalam perbincangan. Almaklumlah, tarikh submit minggu akhir. Dia nak lusa submit baru gelabah rasanya. Lepas tu biasalah kuiz test akan berderet-deret macam keretapi. Tapi insyaAllah, aku boleh hadap. Segala mak nenek online aku dah siapkan. Ini kalau sir tambah lagi mau aku mengamuk seba...

Don't Give Up

Aku curi masa sebentar dari kesesakan minggu-minggu akhir yang aku sendiri tak dapat nafikan aku stress. Hari ini sepatutnya aku ada speech tapi giliran aku tak sempat so tunda next 2 weeks. Memang aku semalam tidur lambat gara-gara nak practice benda ni tapi bila macam ni aku macam haih, why laa nak tangguh. Sekali jalan kan senang.  Benarlah, segalanya ialah pengorbanan. Pengorbanan masa susah untuk ke masa senang. Pengorbanan untuk menjadi anak bangsa yang terdidik. Pengorbanan untuk melihat diri berjaya suatu hari nanti. Semoga aku masih tidak terlambat untuk ubah impian aku untuk Dean List this semester. Aku akui degree life bukan suatu perkara mudah untuk aku hadam. Bahkan aku banyak membazir masa dengan perkara-perkara yang aku rasakan menyesal bila dah buat. Tadi after solat Zuhur aku bantai tidur, bangun kejap solat Asar then tidur dan bangun time Azan Maghrib. Totally exhausted giler.  Semoga Allah bantu aku untuk jadi manusia yang berguna untuk semua. Kalau...

2016 Hampir ke Penghujung

Image
Sedar tak sedar tak sampai sebulan lagi bakal menjejak ke tahun 2017. Tahun yang aku sendiri tidak tahu macam mana nak harungi, adakah aku akan kuat ataupun aku akan jatuh (mudah-mudahan tidaklah) . Yang pasti aku bertambah kuat dan aku akan jadi lebih baik dari hari ke hari. Hari ini permulaan untuk sesuatu yang lebih baik dari semalam.  Orang asyik tanya aku, siapa dia yang menceriakan hari aku? Jawapannya mudah, bila aku berfikir secara positif, maka sekeliling aku ialah insan-insan yang menceriakan aku. Dari keluarga aku, kawan baik kawan baru mahupun kawan yang tiba-tiba dah tak kawan, sehinggalah sesiapa sahaja yang melemparkan senyuman pada aku tentunya aku akan balas dengan senyuman. Positifkan diri sentiasa supaya kurang stress kurang sakit kurang fikir. Tapi never underestimated orang yee. Letakkan semuanya sebagai senarai kebahagian kita yang kita akan tetap ingat saat susah mahupun gembira. Semoga senarai itu akan tetap bertambah-tambah Tahun ini merupa...