Tips : Persediaan Untuk Final

Final berbaki lagi 2 minggu dan sebenarnya banyak tugasan akhir yang kene submit yang perlu disiapkan secepat yang mungkin. Alhamdulillah, ada tugasan yang dah tinggal 10% untuk submit, cuma tinggal print sahaja. Ada juga yang masih 50% antaranya editing video & shooting innovation. Khamis lepas, satu team shooting video arab dalam masa 3 jam sahaja. Hebat tak hebat tu walaupun mengular kejap kat tempat jual-jual kat dewan serbaguna tu. Multitasking betul. Dan sekarang semuanya tinggal editing sahaja sebelum submit minggu akhir. Innovation video dah settle bincang, shooting next week and edit terus. 

Last scene and we did it!


Yang lain tinggal untuk subject Law yang case dia masih dalam perbincangan. Almaklumlah, tarikh submit minggu akhir. Dia nak lusa submit baru gelabah rasanya. Lepas tu biasalah kuiz test akan berderet-deret macam keretapi. Tapi insyaAllah, aku boleh hadap. Segala mak nenek online aku dah siapkan. Ini kalau sir tambah lagi mau aku mengamuk sebab semalam aku struggle nak siapkan dengan connection macam harem jadah. Done with my semester 3 rn.

Berbalik pada tajuk, yes! preparation for final

Ini bukan persediaan minit-minit terakhir. Ini persediaan untuk smooth dan bergaya ketika belajar untuk final. Aku hanya cerita apa yang aku buat, tapi awal-awal aku cakap, aku bukan best student of the year yang korang mesti ikut. Cuma belajar ini usaha masing-masing. Kalau kau usaha lebih, kau nampak hasilnya nanti, Tapi usaha banyak manapun, kalau kau tak berdoa pada Allah swt & minta restu mak ayah serta redha seorang pensyarah, masih tak puas erti berjaya nanti. Mungkin boleh cakap, alaa, aku ni tak yah study sangat pun. tak yah doa pung pang pun berjaya jugak. Jaga-jaga takut istidraj.

Aku prepare ape eh untuk final? 

1. Notes and Slide

Sejenis suraiya, aku tak minat nak membaca tulisan mesin, aku kene baca tulisan sendiri. Jadi apa aku buat untuk sekarang. Aku buat nota-nota. Aku dah praktikkan membuat nota since diploma. Tapi kadang-kadang hangat taik ayam je. Jadi degree ni, aku buat untuk test, so aku guna untuk final sekali. Kadang-kadang macam beriya je buat nota, tapi study nye tak. Sebenarnya dari menulis kita mudah mengingati. Dengan permainan warna, kita mudah ingat. Yang penting, download lah segala mak nenek slide dalam ilearn. Sebab aku tahu, kalau aku menghadap buku setebal 600 m/s maka aku akan tutup dan tidur. 


2. Past Year Question

Selain membaca, aku suka mengkaji soalan yang favourite keluar. Jadi dinasihatkan untuk segera download past year question dari 3 tahun yang kebelakang. which is updated. Untuk uitm student, EQPS website dia and silalah gunakan sebaik mungkin. Cuma aku tak berapa nak minat sebab takde jawapan. Jadi kau hanya berharap apa yang kau jawab dalam past year itulah jawapan yang betul. Tapi kalau rajin, pilah semak dengan pensyarah korang. Hmm, aku memang tak lah. Sebab aku bukan friendly-person yang nak jumpa-jumpa lecturer. Aku yakin dengan diri aku. hahahaha. sepak nak!

3. Rancang Masa Study

Awal-awal aku cakap, aku ialah night person. Bukan sejenis yang bangun pukul 3 4 pagi untuk belajar. Mungkin boleh tapi aku sebenarnya penakut. Tapi aku nak jugak try feel belajar 3-4 pagi selepas tidur. Orang kata lain nikmat dia. Senang nak masuk. Tapi aku kalau dah tidur, maksudnya subuh nanti baru aku bangun. Aku boleh stay up sampai 4 - 5 pagi bergantung minat aku dan subjek tu. Dulu masa diploma, kawan aku jenis tak tidur langsung. Itu kalau masuk dewan, aku tidur dulu. hahaha, Bapak tak beretika langsung kau suraiya.

4. Stamina diri

Minggu stress ni, banyaklah segala sakit nak keluar. Segala demam nak join. Tapi yang penting kene kuat. Jangan lupa makan. Kalau malas sangat sehari sekali pun okey. Pilih masa sesuai. Style aku, makan petang. So dia tengah-tengah malam tak lapar sangat. Lain-lain tu kau ikhtiar untuk makan vitamin C ke. Macam aku, entah macam-macam aku makan. Kadang-kadang ikut rajin, tapi hari-hari aku make sure aku telan vitamin C and VCO sebab aku nak make sure aku boleh go on aktiviti seharian dengan baik. Tak suruh boleh melompat tinggi-tinggi pun. Paling kurang pun, sihat dan tak tidur dalam class. 

5. Take Note!

Pastikan softboard penuh dengan segala peringatan mahupun doa mahupun jadual final exam. Ini juga penting untuk mengingatkan diri ini kalau terlupa apa-apa yang penting mahupun dateline yang kita tak sedar. Even kerja-kerja tertangguh boleh settlekan. At least tahulah bila nak buat. Jangan seronok je bergelak tawa tapi tak sedar kerja masih tergendala. Lepas tu, ada masa terluang pi lah main game. Ape korang ni hadap buku 24 jam! Pi main Need For Speed ke, GTA ke,Dota pun sempat. Mungkin game yang tak memerlukan korang berfikir sangat, game yang senang cthnya gerak-gerakkan bubble then meletop! hahaha. aku selalu main. Anything yang buat korang have fun kejap. Lepas tu jangan hadap lama-lama. Study balik, Okey itu je 



Itu je kot setakat ini yang aku boleh share. Aku pesan awal-awalkan, banyak mana pun usaha, still usaha untuk dekatkan diri dengan Allah dahulu, baru kau rasa usaha untuk kau berjaya itu berbaloi. Aku bukan jenis yang berpuas hati. Cuma aku percaya, ini ialah usaha aku. Mungkin kalau lebih aku dapat aku jadi lupa diri ke. Takpe, kita slow slow untuk terus istiqamah. Baiklah, banyak tips aku bagi. Sebenarnya diri sendiri tak bermotivasi sangat. Lepas posting this story. Aku perlu hadap balik kerja aku. 

Takpe, doakan aku bermotivasi untuk berjaya dan untuk DL this sem. Doakan kawan-kawan aku juga berjaya sama-sama. amin.


Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student