Nak Dean List, Tapi No List

Tujuan aku posting kali ini bukanlah untuk menghentam segala mak nenek yang sibuk mengejar apa itu erti kejayaan disebalik menjadi pelajar ANC. Sepanjang diploma aku berada dalam kalangan insan-insan yang cukup memberikan aku semangat untuk berjaya walaupun aku pernah jatuh teruk suatu masa dahulu. Tapi mereka yang menjadikan aku hari ini lebih semangat walaupun diorang jauh dari aku. Mereka ialah insan-insan yang dekan setiap sem dan hanya satu sem yang membeza untuk ke anugerah ANC. Tapi aku tahu, kita hanyalah insan biasa kan?

Berbalik pada tajuk posting aku kali ini, tentang nak dekan tapi tiada azam tiada usaha hanya mengharapkan keajaiban yang berlaku which is tak mustahil tapi fikir logik takkan kau nak termenung sampai masuk dewan exam. Woooo, rileks, usaha bukan sahaja di atas buku bahkan usaha dari segi bermacam cara. Termasuklah cara bagaimana kau bergaul, bagaimana urusan kau dengan Allah yang menjadi rahsia, bagaimana impian adakah setimpal dengan usaha?

Berbekal kan doa sahaja tidak mencukupi. Banyak aku jumpa rata-ratanya menganggap bahawa dia boleh berjaya tanpa sujud pada Yang Esa, mengaku dirinya hebat sedangkan tanpa izinNya, tak lahir di dunia. Takut nak melangkah lagi terus lumpuh dengan riak diri yang semakin menebal. Nak jaga hubungan itu bukan sahaja dengan Allah, tetapi sesama manusia. 

Tak semudah itu nak menjaga sebab kita menjaga ramai orang. Ramai orang yang take note apa yang kita buat pada dia sama ada baik mahupun buruk. Mungkin buruk lagikan dikenang dari baik yang seribu tahun kita sanjung. Kalau kita nak kan sesuatu yang bagi kita macam jauh je, minta pada Allah dahulu. Dari situ mulanya satu kekuatan ataupun usaha untuk menjadikan kita lebih baik.


Bagi aku tak terlambat untuk mengatakan yang aku nak Dekan this semester. Walaupun bagi aku tak mudah sebenarnya dengan segala drama yang aku hadap, segala dugaan yang datang, tapi at least aku masih ada masa. Aku masih yakin dengan diri aku. 

Minggu lepas, aku punah sikit akibat satu perasaan yang dalam dia aku sendiri tak dapat nak gambarkan. Memang mudah orang nasihat aku berbagai benda, tapi aku hanya sejuk dengan nasihat dari Saf & Pikah, diorang bagi moral support kat aku untuk kuat dan bertahan. Aku jenis tak bercerita pada family aku tentang masalah aku, sebab aku tahu kalau cerita aku akan bebankan diorang. Fikir yang anak dia tak okey kat sini. Tapi aku okey je, sebab aku ada ramai kawan yang banyak bantu aku.

Pokok pangkalnya, kalau niat dihati nakkan dekan, buat cara seperti pelajar dekan. Selami hidup bagaimana dengan ajaibnya Solat Tahajud, berkesannya study ketika waktu 3-4 pagi. Aku sedang mencuba untuk perbaikan diri sendiri. Apa guna kalau berjaya sekiranya Allah jauh dari diri sendiri. 

Mungkin setakat ini sahajalah yang mampu aku coretkan. Mungkin aku akan updated selepas final exam. Wish me luck semua. 

*aku sedang gigih tahan mata tak tidur satu malam, and now almost 5.48 am. Tashabar nak balik Seremban.!!!


Popular posts from this blog

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Lirik Langit Daiyan Trisha