Don't Give Up

Aku curi masa sebentar dari kesesakan minggu-minggu akhir yang aku sendiri tak dapat nafikan aku stress. Hari ini sepatutnya aku ada speech tapi giliran aku tak sempat so tunda next 2 weeks. Memang aku semalam tidur lambat gara-gara nak practice benda ni tapi bila macam ni aku macam haih, why laa nak tangguh. Sekali jalan kan senang. 

Benarlah, segalanya ialah pengorbanan. Pengorbanan masa susah untuk ke masa senang. Pengorbanan untuk menjadi anak bangsa yang terdidik. Pengorbanan untuk melihat diri berjaya suatu hari nanti. Semoga aku masih tidak terlambat untuk ubah impian aku untuk Dean List this semester. Aku akui degree life bukan suatu perkara mudah untuk aku hadam. Bahkan aku banyak membazir masa dengan perkara-perkara yang aku rasakan menyesal bila dah buat. Tadi after solat Zuhur aku bantai tidur, bangun kejap solat Asar then tidur dan bangun time Azan Maghrib. Totally exhausted giler. 

Semoga Allah bantu aku untuk jadi manusia yang berguna untuk semua. Kalau aku give up sekarang, maknanya aku kene hadapi satu lagi sisi pandangan yang berbeza. Ramai orang disekeliling aku bagi semangat untuk aku teruskan apa yang aku mula. Memang tipu kalau tak pernah tak nangis, tak pernah terfikir betul ke jalan yang aku pilih. Allah letakkan aku di sini sebab aku boleh lalui. Allah yakin aku boleh. Inikan pula hamba yang diaturkan perjalanan sedari roh ditiupkan dalam kandungan.

Kuatkan aku Ya Allah, sekurang-kurangnya untuk kali ini supaya aku boleh didik hati aku agar terus tabah. Tak jatuh ketika ditolak, tak patah semangat ketika dikritik. Tak sakit ketika disakiti. Serius aku sakit hati, sakit yang aku tak boleh nak bagitahu macam mana. Kalau orang tanya memang boleh berair mata ni. 

Jauhkanlah aku dari mengharap. Mengharap pada orang. 

& Semoga aku terus tersenyum setiap hari walaupun apa yang berlaku. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student