2016 Hampir ke Penghujung
Sedar tak sedar tak sampai sebulan lagi bakal menjejak ke tahun 2017. Tahun yang aku sendiri tidak tahu macam mana nak harungi, adakah aku akan kuat ataupun aku akan jatuh (mudah-mudahan tidaklah) . Yang pasti aku bertambah kuat dan aku akan jadi lebih baik dari hari ke hari. Hari ini permulaan untuk sesuatu yang lebih baik dari semalam.
Orang asyik tanya aku, siapa dia yang menceriakan hari aku? Jawapannya mudah, bila aku berfikir secara positif, maka sekeliling aku ialah insan-insan yang menceriakan aku. Dari keluarga aku, kawan baik kawan baru mahupun kawan yang tiba-tiba dah tak kawan, sehinggalah sesiapa sahaja yang melemparkan senyuman pada aku tentunya aku akan balas dengan senyuman. Positifkan diri sentiasa supaya kurang stress kurang sakit kurang fikir. Tapi never underestimated orang yee. Letakkan semuanya sebagai senarai kebahagian kita yang kita akan tetap ingat saat susah mahupun gembira. Semoga senarai itu akan tetap bertambah-tambah
Tahun ini merupakan banyak perubahan yang aku lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Tapi aku sentiasa pastikan perubahan itu adalah untuk kebaikan aku dan sekeliling aku. Mahu atau tidak selagi setiap hembusan nafas Allah izinkan, aku perlu teruskan hidup walaupun tiada siapa tahu kekesalan & kesedihan yang terpaksa aku tanggung sendiri.
Alhamdulillah, masih disini. masih bergembira masih bertelagah dengan diri sendiri soal mahu makan atau tidak, soal mahu tidur mahupun menatap assignment. Mahupun sama ada bermain telefon mahupun menonton tv. Keputusan yang sukar untuk diri yang sendu ini. Kahkahkah.
Untuk mengesahkan segalanya, aku masih single and not available. Sebab aku nak belajar dulu lepas tu aku nak kerja , nak kahwin dengan siapa. Poyo bebenor nampaknya..
Doakan masuk tahun 2017 ini aku bakal menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga dipermudahkan segalanya.