Cerpen 2 : Kehujanan Ujian Part 2

Aku memeluknya sekuat hati sambil menangis. Aku lupa aku tidak sendiri disini, aku masih ada keluarga kedua aku. Mereka membawaku pulang. Mungkin aku masih ada harapan untuk tinggal bersama mereka lagi. Namun aku mencari suatu susuk tubuh yang aku kenal tak lama dahulu. Aku tidak mahu bertanya pada kakak itu, takut lain yang difikirkannya nanti. Tetapi, kakak seperti tahu apa yang aku sedang fikirkan. Dia kata, adiknya itu sedang membuat persiapan untuk majlis pernikahannya nanti. Aku mungkin sedikit terkejut, ataupun kecewa.

Namun aku yakin jodoh aku berada dimana-mana. Aku mengucapkan tahniah dan mendoakan agar mahligai yang bakal dibina dia akan kekal ke syurga. Perit untuk aku sebenarnya. Selama ini aku percaya bahawa dia tetap menunggu aku, dengan segala perbuatannya yang bagai memberi harapan rupanya hanya atas abang dan adik sahaja. Tidak lama selepas dia diijabkabulkan, aku membawa diri jauh dari keluarga itu. Mungkin tiba masanya untuk aku berdikari supaya aku terus tidak dibelenggu kecewa dan membina kehidupan yang baru. Aku mengambil keputusan untuk menyara hidupku di suatu tempat baru. Berbekalkan sedikit simpanan serta pemberian kakak, aku menyewa sebuah bilik di apartment berdekatan dengan kemudahan awam.

Alhamdulillah, segala niat untuk aku berdikari dipermudahkan. Aku bertemu dengan teman serumah yang baik pada pandangan aku. Mungkin aku perlu bersangka baik terlebih dahulu kerana hidup dengan orang asing memerlukan dua perkara iaitu berhati-hati dan bersangka baik. 6 bulan kemudian, aku bertemu dengan seseorang itu kembali. Aku bertambah pelik sedangkan dia sepatutnya sudah menjadi suami orang. Tetapi apa yang aku temui hari itu ialah dia dari sisi yang lain. Sisi yang aku sendiri tidak pernah Nampak. Mungkin dia mempunyai kisah yang aku tidak tahu.

Dia menghubungi aku ketika aku di pejabat. Selepas habis bekerja, malam itu dia mengambil aku untuk keluar. Katanya dia  ingin berjumpa dengan aku. Ada perkara yang perlu dia perkatakan. Aku tidak mahu menaruh apa-apa perasaan tetapi apa yang aku temui hari itu cukup mengejutkan. Dia sendirian. Tidak berani aku bertanya tentang isterinya. Hanya mendengar apa yang dia ingin perkara. Perlahan dia mula bercerita tentang apa yang berlaku 6 bulan yang lepas. Dia memberitahu bahawa dia masih belum berkahwin kerana sesuatu yang berlaku pada bekas tunangnya itu. Rupanya tunangnya itu telah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki.

Terkejut aku dibuatnya, mungkin dia sedang berduka atau sudah melepasi tahap itu. Aku lihat dia seperti tidak selalu yang aku lihat. Aku mula menasihati dia agar kembali untuk menguruskan dia sebaik mungkin kerana dia lebih baik dari itu. Namun dia meminta untuk aku kembali dengannya. Entah apa yang difikirkan aku segera beredar dari situ. Tak mungkin aku hancurkan hati  aku untuk kali kedua pada lelaki yang sama. Mungkin dia patut bertenang dan mula memikirkan diri sendiri melainkan fikirkan orang lain. Aku berlalu pergi. Mungkin payah tetapi aku harus kuatkan diri aku supaya aku tidak kembali sakitkan hati aku.

Kini hampir 5 tahun tempoh aku meninggalkan kampong halamanku. Mungkin tiba masanya untuk aku buktika bahawa orang seperti aku mempunyai masa hadapan yang cerah dan lebih baik. Penghijrahanku ke negeri orang begitu membuatkan aku belajar banyak perkara. Namun aku rahsiakan agar ianya menjadi pengajaran untuk diri aku sendiri. Setibanya di kampong dengan kereta yang baru aku beli secara tunai hasil dari simpananku. Walaupun ianya hanya kereta second hand tetapi aku bersyukur dengan titik peluhku membuahkan hasil.

Namun, apabila aku tiba. Seperti tiada sesiapa yang menyambutku, aku bergerak perlahan menuju ke rumahku. Rumah yang paling aku rindui terutama penghuninya. Aku dapat rasakan mereka setia menunggu aku di rumah itu. Setibanya di rumah, aku memberi salam. Perlahan aku buka pintu walaupun aku sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku kepadaku hari itu. Aku melihat abangku sedang menyuap makanan pada ibuku. Belum sempat salamku dijawab, aku terus berlari ke arah ibuku. Ku peluk erat badan tuanya yang aku rindui selama ini. Selama ini yang aku cari kekuatan untuk pulang akhirnya ibu berada didakapanku. Aku tetap mencari satu lagi susuk tubuh yang aku rindui.

Lantas aku bertanya pada abangku yang dari tadinya terdiam membisu. Mungkin dia agak terkejut dengan kehadiranku selepas hampir 5 tahung menghilang. Entah kenapa kali ini wajah yang tadinya membisu terus menarik tanganku lalu ditarik entah kemana haluan yang aku tidak pasti. Aku tahu ada sesuatu yang mungkin akan berlaku atau sudah berlaku tatkala aku bertanya tentang ayahku. Hampir ke hujung kampong aku dibawanya, entah hampir putus tangan aku rasakan ditarik kuat dari tadi.

Perlahan menuju ke kawasan perkuburan, sunyi sepi tiada yang menyahut. Saat itu, air mata yang tadinya perlahan kembali laju. Kembali menusuk ke dada sehingga aku dibawa ke salah satu kubur yang bertulis nama yang aku cari dari tadi. Terus terduduk aku melihat apa yang dihadapanku. Abangku terus beredar membiarkan masa memberikan aku peluang untuk kembali sedar bertapa peninggalan aku dahulunya telahpun merampas kehidupan ayahku sendiri. Aku tidak tahu apa yang berlaku tetapi aku dapat rasakan sesuatu yang teruk telah berlaku. 

Hampir 1 jam aku disitu, aku disapa oleh Farok, sahabat baikku. Dia sedang membersihkan tanah perkuburan milik keluarganya. Aku berjalan sendirian tidak mahu diganggu olehnya. Namun Farok terlebih dahulu memanggilku untuk berjumpanya di kedai hadapan. Aku berhenti di gerai itu. Mata-mata disekeliling memandang sinis kepadaku seolah-olah aku ini penjenayah yang baru keluar dari penjara. Farok menceritakan apa yang berlaku sepanjang ketiadaan aku. Rupanya, ayah meninggal ketika 2 tahun selepas pemergianku akibat sakit yang dihidapinya semakin teruk. Khabar angin menceritakan bahawa aku sebenarnya telah menjual diri aku untuk menjadi kaya dengan menjadi wanita simpanan.

Kalaulah sikit pun aku ceritakan pada mereka tentang apa yang berlaku kepadaku. Tentunya mereka lebih percaya akan cerita-cerita orang kampung. Aku hanya membiarkan apa yang berlaku. Risau diri sendiri akan lebih terhina dengan tomahan orang. Sendiri aku kali ini melangkah masuk ke rumah itu kembali. Aku lihat abang aku sedang merenung tepat ke dalam mataku tatkala aku sedang Cuba meraih simpati akan apa yang berlaku pada aku sejak 5 tahun yang lepas. Aku sendiri tidak tahu mahu dimulakan dari mana. Akan tetapi entah kenapa senak aku rasakan entah mereka akan terima aku atau tidak. Aku duduk di sisi ibu yang terlantar tidak mampu berbicara. Hanya air mata yang bertakung seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia merindui aku.

Belum sempat aku memulakan bicara tiba-tiba abangku terus menolak aku. Hina sangat aku dimata dia sehinggakan dia tidak membenarkan aku menyentuh ibu aku sendiri. Aku menangis disitu. Sambil memberitahu apa yang berlaku pada aku sepanjang 5 tahun yang lepas. Akan tetapi abangku hanya lebih mempercayai cakap-cakap orang kampong yang sendiri tidak tahu dari mana infonya. Aku hanya mampu berdiam diri sedangkan aku sepatutnya mempertahankan diri daripada dituduh sedemikian rupa. Entah bagaimana akal aku berfikir, aku terus keluar dari rumah itu dan segera beredar dari situ. Mungkin itu ialah yang terbaik untuk aku pada masa ini.

Kereta yang aku pandu laju entah seperti menuju jalan yang tiada penghujung. Air mata tidak henti mengalir seperti terlalu sakit yang aku rasa datang kembali. Aku menuju kembali ke Kuala Lumpur tanpa arah tuju. Segalanya terlalu sakit untuk dihadapi buat masa ini. Aku terus menempah tiket menuju ke suatu tempat yang asing untuknya. Tiba di Sabah, aku hanya mengikut mana sahaja laluan yang aku ingin tuju. Aku segera mengambil kereta sewa yang berdekatan. Mencari tempat paling jauh disisi dunia untuk aku menangis mengadu nasib diri sendiri. Entah siapa yang tahu apa yang berlaku pada aku.


Aku berhenti di sebuah tempat yang cukup menenangkan. Mungkin aku patut berhenti untuk berehat setelah hampir berapa lama aku gagahkan diri untuk terbang dan memandu sejauh ini. Aku tahu ini bukan diri aku yang sebenar. Tanpa aku sedar, aku pengsan di lobby hotel. Aku sedar kembali apabila aku berada di hospital. Namun pandangan aku terarah pada susuk tubuh yang aku kenal itu. Wajahnya seperti risau mungkin. Nama aku disebut beberapa kali oleh jururawat yang sedang memeriksa aku. Apa yang berlaku aku sendiri tidak ingat. Yang pasti aku hanya mengenali lelaki tersebut. 

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student