Degree Life : Its gonna be tough dear!

Minggu ketiga tapi baki akaun aku tenung berkali-kali, angkanya sudah menjadi 3 digit berbanding dengan pada mulanya aku lihat dulu. Mula berkira-kira untuk tidak berbelanja secara boros, walaupun aku ada peruntukkan sedikit sahaja untuk kali ini buat diri sendiri sambil juga berkira bagaimana aku ingin survive untuk semester ini. Ya Allah, satu assignment pun tak jalan, tapi menangis tengok akaun sendiri banyak nak bayar. In shaa Allah, suraiya kuat lah



Semuanya semakin susah, semakin berbelit, semakin menguji diri ini yang kadang-kadang ada kalanya banyak main berbanding serius. Jujur aku katakan, untuk semester ini semua subject major aku memerlukan mengerah keringat untuk aku keluar. Setiap satunya bukan calang-calang. 

Untuk ketika ini, aku ada beberapa assignment yang masih dalam perbincangan antaranya subject Heritage Tourism, aku dapat jadi S/U which is suatu jawatan baru untuk aku. Mana ada sebelum ni aku jadi s/u selalunya dapat bendahari. Kali ini dia suruh aku menulis kertas kerja. Aku harap dengan jawatan ni dapatlah seorang suraiya belajar benda baru dalam penulisan proposal bagai. Dulu aku mana heran, tahu kutip duit je. Damn ahhh..

Lepas tu ada satu subject ni, ada 2 tugasan. Satu mengenai Individual Presentation tentang Unique Destination and satu lagi ditugaskan untuk ke Temerloh, Pahang untuk interview Pegawai Daerah sana. Lagi 1 minggu lepas tu giliran aku present. Cari sikit-sikit je sebab nanti tak ingat. hahaha. apabila seorang suraiya bekerja. Lepas tu another interview spa untuk subject Health and Wellness Tourism. Untuk subject financial, interview lagi restaurant. Setiap sem rutin dia sama jelah, boleh pengsan gini. Subject Travel Behavior pulak, buat documentary, suka suka jugak tapi tah ah. Banyak naw ah nak sembang gini. 

Ohh, mengenai Heritage tadi, kelas still dalam perbincangan untuk tempat mana yang bakal dipilih. Lepas tu nak tubuhkan jawatan kuasa untuk trip semester 6 untuk subject Sustainable Tourism, tempat masih dirahsia...

Doakan aku dapat tempuh this semester dengan baik. In shaa Allah jom tuntut ilmu banyak-banyak.

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student