Semester 4 begin so so

Minggu lepas aku start dah kemas barang, tapi mood nak balik tu macam hilang langsung. Tapi gagahlah jugak mengemas nanti hari kejadian tak ke kelam kabut dibuatnya aku. Disebabkan sistem kolej yang macam apetah, so sistem suruh booking dengan cara kene pi kat UITM Palam untuk booking. So Fana lah yang uruskan, thank you fana!! 

Dari nak mendaftar hari Sabtu so aku pun daftar hari Ahad jelah. Walaupun hari Ahad tapi tetap seorang suraiya malas nak mengemas. Aku pun pilah tapi apa yang jadi hish aku sendiri nak marah dengan diri aku. Dengan baldi tak bawa, Al-Quran aku tinggal, bantal aku lupa, dan banyak lagi. Hari tu aku dah pesan dah jangan sentuh barang aku dalam stor tapi adik aku ni sibuk nak mengada belek barang aku pi bawa Al-Quran masuk  bilik. Lupa aku. Nak marah pun tak boleh. 

So mulalah episod tidur tak tenang, masa lambat berlalu. Serius weh, aku tidur kejap kejap terbangun bila asyik pusing kanan pusing kiri rasa macam ganggu the whole day sebab tidur tak berkualiti. Kolej ni dengan mesin tiba-tiba tamat tender, haih, aku baru settle basuh baju seminggu ni. Tapi basuh sikit-sikit. Tempat nak membasuhpun macam harem jadah takde. Aku hanya mampu tersenyum sambil memikirkan idea lain. 

Fikiran aku pun kacau jugak beberapa hari ni, aku tiba-tiba demam. Hari Isnin tu cam okey lagi, tapi bila malam je Ya Allah sejuk berselubung kepala berat giler. Dengan bantal takde *again . Sampai hari ni batuk tak okey lagi. Tapi demam dah baik dah. Akibat telan panadol sebiji je gais, Sebab seorang Suraiya hanya makan ubat bila terlampau sakit. Bila demam ni asyik bermain dengan perasaan so, masa pun rasa macam lambat berlalu.

Sekian post yang tidak memotivasikan sesiapa yang membacanya.

Popular posts from this blog

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

Internship Experience As Tourism Student