Posts

Kewangan Tahun 2023

Bukan selalu dapat hadir dan menulis dalam blog kali ini, semuanya memerlukan masa dan idea serta usaha untuk ada hahahaha. Masuk sahaja tahun 2023, selalunya perkara pertama yang aku akan buat ialah reset my planner dengan kewangan. Memandangkan dah berkahwin dan bakal mempunyai anak tak lama lagi, prinsip aku biarlah aku simpan sekarang dan konsisten, walaupun susah sebenarnya nak konsisten dengan kewangan sendiri ni. Oh ye, aku dekat sini bukanlah sebagai penasihat kewangan mahupun apa apa sahaja gelaran, aku hanya berkongsi tentang apa yang aku buat untuk tahun 2023 ni.  Seawal bulan 12 lagi, aku dh beli planner 2023. Tapi mood tidak menentu, aku hanya buka dan edit pada hujung bulan 12. Untuk menaikkan semangat serta inginkan mood yang baru untuk tahun baru. Aku akan hias secantik yang boleh supaya kelihatan semangat.  Alhamdulillah, masuk tahun 2023 banyak hutang yang aku selesaikan dan aku rasa aku buat pilihan tepat disamping dapat cash reserve yang aku boleh simpan memandangka

13 August 2022

Image
 Post ini disiapkan sehari sebelum 13 Ogos.  Assalamualaikum wrt. wbt.,  Terasa lama tak bercerita perihal diri mungkin banyak masa yang dihabiskan untuk perkara lain. Makin dewasa keperluan masa banyak terarah kepada kehidupan realiti tanpa sibuk memikirkan dunia disini. Yang terbaik ialah teruskan apa sahaja yang kita buat okey... Majlis Nikah, Sanding & Bertandang telahpun berlalu hampir 2 bulan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Faiz. Kejap nak ingatkan balik segala memori semasa hari hari Raja Sehari. Aku ambil cuti kahwin 3 hari, 2 hari sebelum aku pergi manjakan diri enjoy my last last moment sendiri pergi spa pergi saloon pergi settlekan urusan sikit2. Sehari sebelum, aku banyak habiskan masa dekat dewan nak tengok setup and jumpa tunang aku untuk bagi barang.  Pelamin sanding di Dewan ( barang hantaran pun dibawa ke dewan) Malam sebelum nikah, keluarga berkumpul dari Terengganu dan Johor (serata Malaysia). Seronok rasanya sebab lama tak jumpa.

Preparation Majlis

Assalamualaikum Koranggg, aku kan tak post pun pasal majlis tunang sebab aku takde idea plus everything rasa mcm kalut kalut kalut. Beza tunang dengan nikah dalam 3 bulan, dan aku pun busy dengan mcm2 benda (kengkonon lah).  by the way, dalam kepala ni tooo many things nak diceritakan. Rasanya akan tunggang terbalik post aku ni duk menyembang itu ini. First of all semua nak tahu how engagement day hari tu? Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, paling penting makanan mencukupi dan segalanya dipermudahkan. Perasaan bila jadi tunang orang? Rasa lega ada orang nak kat aku hahahaha, tak weh sebenarnya risau dengan orang duk kalut pasal dugaan bertunang tapi alhamdulillah so far lagi beberapa hari nak kahwin ni, dugaannya dari segi kewangan tapi ajaibnya akhir2 ni Allah datangkan berlipat kali ganda rezeki yang aku tak sangka sangka dan bersyukur sangat.  Rezeki dapat rumah sewa, rezeki dari umi abah banyak bantu kami, rezeki ibu ayah belikan brg elektrik utk kami. Emotional sikit seba

Tunang (Preparation)

Hi Assalamualaikum, welcome back to up-to-date my journey. InshaAllah kali ni nak ceritakan persiapan bertunang. Aku akan ceritakan by list ye. Mudah sikit untuk difahami. If perlu aku akan listkan harga sekali.  1. Katering & Khemah At first our target is 50 pax untuk tunang. Lauk untuk bertunang ni aku sediakan masakan kampung which is orang Nogori yang masak. Then pasangan aku inform inshaAllah 10 kereta, hahahah. Lepas tu my part, belah umi abah kemungkinan adalah dalam 5 buah kereta (please expected more on that day hahaha) aku duk sembanglah dengan dia, kita nak tunang je ni, tunang lepas tu patuh SOP, tapi ramai betul menghantar rasa nak gelak pun ada. Jadi aku decide terus order untuk 100 pax. Untuk bahagian khemah, aku ambil 2 khemah. Aku bagitahu pasangan aku, "Awak, ini macam rehearsal nak nikah nanti taw. Faham jelah".  2. Cincin Risik & Tunang Untuk 2 cincin aku, kitorang beli awal awal lagi dah, pasai excited lepas tu sebab mmg kitorang start saving dari

Kenal

 Macam mana kenal? Kawan kenal kan ke? Jumpa dekat mana2 ke? Ke kawan lama? Assalamualaikum semuaaa, walaupun tiada siapa yang menantikan kisah ini biarlah aku ceritakan tanpa diminta, hahahahaha. Memandangkan hari ini lagi seminggu nak bertunang, jadi sebelum huru hara sebab membayangkan all the preparation nanti jadi eloklah kita huru harakan minggu last ni. Disini, aku cuba untuk ceritakan serba sedikit tentang macam mana kenal and short sebab the most important is the part wedding preparation.  So we met each other virtually di Fb Dating last year bulan Februari. Masa ni saja sebab nak cari kawan nak berbual, jadi adalah seseorang ni "Assalamualaikum awak" penuh ye bagi salam sebab tu aku jawab "Waalaikumsalah jodoh saya" hahahaha k gurau. So within 24 hours, add ig masing2. Kemudian, proceed bagi nombor telefon.  Tahu jelah aku terpaling nervous nak bagitahu umi abah aku nak kahwin. Jadi situasi dia sangat awkward dan aku jadi kaku blur entahlah. Fasa tu paling

Happy 26th

Tepat hari ini hari lahirku yang ke26, setiap tahun aku sentiasa menantikan hari ini. 26 tahun yang lepas Umi menjadi Ibu asbab kelahiran diri ini. The biggest step i made so far in this year is to planning to get married.Tua dah rasanya tapi masih berdebar untuk memberitahu niat ini. Jadi aku akan karangkan dengan baik untuk post kali ini  memandangkan mungkin ada silent reader yang mencari kelibat Suraiya ada ke takde lagi eh? hahahaha. Guess age just a number tetapi still aku dah rasa menulis caption ataupun ayat ayat karangan bukan kemahiran. So i make it clear dan kali ini baru rasa boleh sembang betul betul mengenai perkara ini.  Aku ni berat sikit nak cakap dengan abah tentang ni. Mula mula aku ws dulu abah cakap nak kenal seseorang boleh ke? Lepas tu ws umi bagitahu benda sama juga sambil tunjuk gambar lelaki tu. Alhamdulillah penerimaan kedua-dua semua baik. Sebelum itu, aku jumpa keluarga dia dulu. Keluarga dia terima aku seadanya dan baik je semua. Buatkan aku selesa sebenar

Tempat Baru

 Assalamualaikum semua... 28 October 2020, berbaki lagi beberapa hari sebelum aku akan berhijrah ke tempat baru. Aku tak sangka sebenarnya aku akan dapat tawaran bekerja ni. The struggle is real kawan kawan, disebalik pandemik yang melanda negara kita ini aku bersyukur kerana ada rezeki untuk aku terus bersyukur. Aku tahu bukan semuanya bernasib baik, tapi tetap ingat untuk selalu bersyukur dan berusaha. Cari alternatif cari sampai jumpa. Dari seorang yang kerja 12 jam sehari, 8 jam tiada hujung minggu. Tahun 2020 ini aku berazam untuk bekerja dan capai balance worklife, dimana aku mahukan aku bekerja dan aku juga enjoy masa aku. Penat kerja weh, adulting is hard. Every day kene fikir dan terus berfikir untuk berusaha menjadi lebih baik, apa lagi cabaran baru, bagi je aku boleh lakukan.  Dan percaya, direzekikan orang sekeliling yang baik baik. Sentiasa tolong aku untuk menjadi lebih baik. Selepas beberapa lama menanti dan sebenarnya tidak mahu berharap setinggi langit, nanti terjatuh