Posts

Showing posts from 2018

Kota Romantis

Image
Tarikh: 6-10.Ogos.2018 Kembali lagi aku ke sini untuk curahkan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 5H4M di Jogjakarta, Indonesia. Walaupun sudah lebih 2 minggu rasanya (hakikatnya nak siapkan lebih 3 bulan duk tangguh), tapi pengalaman manis semua tu kekal dalam ingatan aku. Jadi sebelum aku cecah 50 an, baik aku simpan memori ni dalam blog supaya nanti aku terkekek ketawa dengan cucu aku, opah ni kelako rupanya.  Okey, berhenti berangan. Masa sudah berubah.  Aku mulakan cadangan travel after degree ni saat kitorang dalam semester 5 rasanya, bulan November tahun lepas, masa tu tengah serabut discuss assignment, dan ketika itu kitorang godek godek Air Asia sebab tengah sale, sekali engkau... huhhh murah kot. Tapi masa ni dah takde duit. Cuba teka guna duit ape? hahaha duit trip. (tapi kitorang bayar balik eh). Kemudian Allah pilih untuk pergi ke negara seberang iaitu Indonesia dengan tiket berharga dalam RM 130 (campur luggage 20kg + 25kg). Plan dia kejap je, s...

Selepas Habis Belajar (UiTM)

Image
Disebabkan kesinambungan preparation masa nak masuk universiti maghen. Jadi aku titipkan satu lagi posting tentang apa pula yang kita perlu lakukan bila tamat pengajian. Jadi untuk menambahkan kesedihan. Result semester akhir aku masih tergantung sepi, tapi aku percaya aku lulus. Kihkihkih. Hidup mesti yakin sehingga habis ye anak anak sekalian.  1. Siapkan resume Mungkin ini antara perkara yang perlu disiapkan awal awal ye, terutama apabila kita masuk je semester akhir, maka siapkan resume ye. Sebenarnya Cik Suraiya pun siapkan resume awal awal, cuma sikap acuh tak acuh menyebabkan Suraiya tak bersungguh sungguh kot?  2. Selesaikan hutang pengajian & PTPTN Ini penting ye anak anak, jangan jadi macam Cik Suraiya. Selain itu, untuk peminjam ptptn seperti aku, siap sedia untuk kemaskini hutang pengajian,make sure guna sistem ujrah. Lepas tu diingatkan untuk mula membayar, persetankan gaji RM4000 baru nak bayar, sebab kau rase umur 30an baru start nak bayar meman...

Good Things Take Time

Image
Hampir 4 bulan tempoh menganggur bukan suatu perkara yang mudah. Alhamdulillah untuk kawan kawan aku yang sudahpun masuk bekerja seawal bulan Ogos lagi. Masing-masing mempunyai jalan dan kisah berbeza yang bagi aku aturan Allah SWT itu indah. Maka bersyukurlah kita masih dapat bangun, bernafas, melakukan ibadah sebagai hambaNya.  Seawal bulan pertama, jika aku ditanya soal kerja, jawapan aku mudah je  "Belum ada rezeki lagi"  Doa sudah, usaha sudah maka yang tinggal hanyalah ikhtiar dan tawakal. Setiap minggu aku akan habiskan at least 2-3 hari untuk update permohonan kerja. Rasa semangat tu ada, sambil doa banyak banyak, moga dibukakan hati untuk dia panggil untuk interview.  Namun beberapa hari yang sudah ni, aku rasakan sedikit emosi. Setiap malam aku sendiri kerap tidur lambat. Sama je kalau aku baring, at least 1 jam kemudian baru aku boleh lelap. Kepala aku sakit, semua benda masa nak tidur ni melilit otak aku. Memerah segala idea untuk aku berfi...

Hentikan Berperasaan

Image
Waktu siang aku leka sendiri, malah aku tenang hidup sendiri. Banyak urusan yang aku fikirkan sehingga telefon bukan satu keutamaan aku. Kalau boleh, aku tidak mahu terikat dengan apa-apa perjanjian cinta semua tu. Jujur aku sendiri serik bercinta. Perasaan aku masih berawan-awangan teringat semua kenangan pahit.  Terima kasih si penyantun hati. Kau berjaya menyiksa aku menjadi seseorang yang buta untuk menyemai perasaan cinta kembali. Jadi biarlah aku yang tanggung penyesalan yang tak tahu bila penghujungnya ini.  Namun berbeza tika malam menjelma, ketika bunyi sunyi sepi menjadi teman malam aku. Ya Allah sunyi betul sampai rasa nak menjerit pi dm sesiapa nak berbual.  Dalam hati banyak kali cakap " Suraiya, sabar. Suatu hari nanti.....okey" sambil mata ni berair kadang kadang.  Faham tak perasaan tu macam mana, tak terungkap weh.  Tapi takpe, berbekalkan kejituan untuk menyelesaikan impian aku sendiri. Jadi hentikan berperasaan sebegini. S...

Tutup Mata

Image
Ketika lagu Cinta dan Benci ini menyanyi ditelingaku, aku tahu apa yang sebenarnya kosong dalam diri aku sekarang. Tatkala usia aku melihat rakan sebaya aku mendirikan rumah tangga. Aku turut risau, bila saatnya aku akan berjumpa orang itu?  Aku sendiri malas nak ambil kisah tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Menjerit jerit mahukan seseorang yang aku boleh harapkan menjadi milik aku. Setiap hari aku terfikir, sumpah rindu. Aku sendiri tak tahu rindu pada siapa. Apa yang berlaku sekarang aku hanya meluahkan apa yang aku rasa di dalam novel aku. Aku harap perasaan aku sebati dengan jalan cerita itu.  Bukan aku tak nak hidup dalam realiti, tapi aku tahu cinta dalam realitinya sendiri aku masih belum jumpa sebenarnya. Bagilah aku peluang asalkan aku bahagia.  Benar kata seseorang, aku ego. Tak nak mengaku apa apa yang berlaku. Aku tak suka cakap aku terdesak, sebab memang aku jenis tak suka bergaul dengan orang. So macam mana aku nak jumpa seseorang ni...

Lirik Langit Daiyan Trisha

Image
Dari manis senyummu Ku rasa hala cinta menunggu Andai aku dipelukmu Lenyap segala luka Dari segala rindu yang ku rindu Yang ku temu hanya diri kamu Takkan ada peganti mu Kau pemilik hatiku Dengan bicara yang lembutkan aku Kau untukku Langit takkan cerah tanpa kamu Awan takkan mendung bersamamu Biar masa henti saja Untuk kita hooo Langit takkan cerah tanpa kamu Awan takkan mendung bersamamu Biar ada lakaran indah kita Lakaran indah kita Biar lamanya waktu,  Hatiku akan terus menunggu Takkan jauh dari ku Ku janjikan setia Semua yang ku ingini Seakan hadirnya dari mimpi Ku hanya mahu kau tahu Kaulah takdir hidupku Dengan segala yang ada padaku Ku untukmu Langit takkan cerah tanpa kamu Awan takkan mendung bersamamu Biar masa henti saja Untuk kita hooo Langit takkan cerah tanpa kamu Awan takkan mendung bersamamu Biar ada lakaran indah kita Lakaran indah kita Ku tanpamu Rasa kehilangan tiad...

0-0

Syukur Ya Allah, perjalanan yang panjang ini aku titipkan menjadi antara langkah langkah terakhir perjalanan sebagai seorang pelajar di Puncak Alam. Aku sendiri belum mula langkah diluar sana, jujur aku takut. Tetapi hati ini meronta ronta supaya lepaskan aku kembali ke tempat asalku, agar aku tahu untuk mula bertatih dan berjalan menuju ke arah yang satu.  Kecewa bila langkah aku sendiri diperlekehkan manusia manusia. Bukankah menuntut ilmu itu suatu ibadah yang mulia. Aku sendiri seronok namun hakikat perjalanan bukan seorang sahaja. Pelbagai jenis disekeliling mula mencorak diri aku. Mungkin sudah sampai peringkat dimana, aku akan tinggalkan semua nya sekali. Memulakan hidup aku sebagai seorang insan yang aku sendiri tidak tahu. Ape salahnya aku dimana orang ye? Sehinggakan gerak geri aku menjadi perhatian engkau.  Kali ini biar aku titipkan madah menjadi pembakar semangat aku "Suraiya, ini hanya permulaan untuk diri kau. Suatu hari nanti pelbagai rintangan yan...

Everything Okey

Image
Sepatutnya aku tidur bukan stay up malam malam sambil dengar lagu ke ape. Study memang kelaut. Jadi aku rasa mungkin aku ada idea untuk posting sesuatu dalam blog sendiri. Kena fahamlah, aku rajin bila bab menulis tapi membaca mengingat menghafal memang kalau boleh nak redho je masuk dewan exam tu. Ktipu, sebenarnya saya gelabah ye awak semua. Saya bukan gifted. Saya sejenis manusia yang suka buka buku awal tapi spend time on cantikkan my notes. RIP to my dream nak gi library untuk study. Kejadahnya tidur setiap hari pukul 5-7 pagi, kau fikirlah bila aku bangun ek.  So sekarang berbaki lagi 2 minggu tepat sebelum aku mengucapkan selamat tinggal pada alam belajar. Sungguh perit pahit manis semua, membuatkan aku sendiri tak sabar untuk habiskan semuanya. Tapi memori manis belaka aku akan bawa sehingga ke anak cucu aku. I will tell them how funny am i bila dengan my circle. Betapa annoying your mom and whatsoever. Demm, appreciation post later eh. Mana boleh menangis dekat si...

Kahwin

Image
‘ Tahu apa yang terbaik? Kita lupakan apa yang pernah kita lalui. Anggap sahaja ini suatu ujian dalam hidup untuk kita bertemu dengan lebih baik’ Kali ini biar aku bicarakan sebuah tajuk yang berat untuk aku kupaskan. Perhatian ye, segala yang aku akan cakap ini ialah berdasarkan pengetahuan aku dan apa yang aku perhatikan selama ni disebabkan aku sejenis kanak kanak yang suka sangat masuk bilik pengantin dulu-dulu. So aku jenis minat nak tengok.. Ada perbualan antara aku dengan ummi…. ‘Cikgu Lily tu tanya umi tadi, Suraiya ni takde sesiapa ke? Abang ni tak reti nak mengurat. Mana tahu boleh jadi besan ke’ Apa reaksi aku eh? Of course aku sendiri terkejut sebab family aku tak discuss topik macam ni. Mungkin sebab factor umur dan aku sendiri dah masuk era isu pasal kahwin ni. Jadi aku beranikan diri cerita, sebab aku kalau boleh biarlah jadi pengajaran pada orang. Bagi korang apa pendapat tentang benda ni? Kalau jadi aku, korang suka atau tidak tiba tiba dirisik or...

Cambodia Trip

Image
Setelah 2 minggu kemudian, barulah Suraiya ada kesedaran untuk membuka cerita pengalaman pertama berada di negara orang. Sesungguhnya melihat negara orang membuka mata aku sendiri betapa kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Walaupun kadang kala kita mengeluh kita nak itu ini tak dapat, tapi Ya Allah bersyukur dapat update blog kannn... say cheesee...get ready, this post might be longggggg Macam mana nak start eh? Kita mulakan dengan dugaan demi dugaan Team Transport iaitu team aku sendiri. Alkisahnya seminggu sebelum nak pergi, aku jalankan tugas untuk check in tiket, senang keluar boarding pass so nanti dekat airport check in. Tiba tiba eh! Apa pasal tarikh 24 April instead of 26 April, masa tu like jantung ni berdetak kencang seperti mau perang katakau. Setelah pum pang pung pang turun KL dua kali settlekan dengan travel agent mengenai masalah ini. Alhamdulillah, hari Isnin tu dapat tiket sebetulnya 26 April ye, Alhamdulillah, flight kita ada. So jalan jelah. Pada 2...