Posts

Showing posts from 2016

Nak Dean List, Tapi No List

Image
Tujuan aku posting kali ini bukanlah untuk menghentam segala mak nenek yang sibuk mengejar apa itu erti kejayaan disebalik menjadi pelajar ANC. Sepanjang diploma aku berada dalam kalangan insan-insan yang cukup memberikan aku semangat untuk berjaya walaupun aku pernah jatuh teruk suatu masa dahulu. Tapi mereka yang menjadikan aku hari ini lebih semangat walaupun diorang jauh dari aku. Mereka ialah insan-insan yang dekan setiap sem dan hanya satu sem yang membeza untuk ke anugerah ANC. Tapi aku tahu, kita hanyalah insan biasa kan? Berbalik pada tajuk posting aku kali ini, tentang nak dekan tapi tiada azam tiada usaha hanya mengharapkan keajaiban yang berlaku which is tak mustahil tapi fikir logik takkan kau nak termenung sampai masuk dewan exam. Woooo, rileks, usaha bukan sahaja di atas buku bahkan usaha dari segi bermacam cara. Termasuklah cara bagaimana kau bergaul, bagaimana urusan kau dengan Allah yang menjadi rahsia, bagaimana impian adakah setimpal dengan usaha? Berbekal ...

Tips : Persediaan Untuk Final

Image
Final berbaki lagi 2 minggu dan sebenarnya banyak tugasan akhir yang kene submit yang perlu disiapkan secepat yang mungkin. Alhamdulillah, ada tugasan yang dah tinggal 10% untuk submit, cuma tinggal print sahaja. Ada juga yang masih 50% antaranya editing video & shooting innovation. Khamis lepas, satu team shooting video arab dalam masa 3 jam sahaja. Hebat tak hebat tu walaupun mengular kejap kat tempat jual-jual kat dewan serbaguna tu. Multitasking betul. Dan sekarang semuanya tinggal editing sahaja sebelum submit minggu akhir. Innovation video dah settle bincang, shooting next week and edit terus.  Last scene and we did it! Yang lain tinggal untuk subject Law yang case dia masih dalam perbincangan. Almaklumlah, tarikh submit minggu akhir. Dia nak lusa submit baru gelabah rasanya. Lepas tu biasalah kuiz test akan berderet-deret macam keretapi. Tapi insyaAllah, aku boleh hadap. Segala mak nenek online aku dah siapkan. Ini kalau sir tambah lagi mau aku mengamuk seba...

Don't Give Up

Aku curi masa sebentar dari kesesakan minggu-minggu akhir yang aku sendiri tak dapat nafikan aku stress. Hari ini sepatutnya aku ada speech tapi giliran aku tak sempat so tunda next 2 weeks. Memang aku semalam tidur lambat gara-gara nak practice benda ni tapi bila macam ni aku macam haih, why laa nak tangguh. Sekali jalan kan senang.  Benarlah, segalanya ialah pengorbanan. Pengorbanan masa susah untuk ke masa senang. Pengorbanan untuk menjadi anak bangsa yang terdidik. Pengorbanan untuk melihat diri berjaya suatu hari nanti. Semoga aku masih tidak terlambat untuk ubah impian aku untuk Dean List this semester. Aku akui degree life bukan suatu perkara mudah untuk aku hadam. Bahkan aku banyak membazir masa dengan perkara-perkara yang aku rasakan menyesal bila dah buat. Tadi after solat Zuhur aku bantai tidur, bangun kejap solat Asar then tidur dan bangun time Azan Maghrib. Totally exhausted giler.  Semoga Allah bantu aku untuk jadi manusia yang berguna untuk semua. Kalau...

2016 Hampir ke Penghujung

Image
Sedar tak sedar tak sampai sebulan lagi bakal menjejak ke tahun 2017. Tahun yang aku sendiri tidak tahu macam mana nak harungi, adakah aku akan kuat ataupun aku akan jatuh (mudah-mudahan tidaklah) . Yang pasti aku bertambah kuat dan aku akan jadi lebih baik dari hari ke hari. Hari ini permulaan untuk sesuatu yang lebih baik dari semalam.  Orang asyik tanya aku, siapa dia yang menceriakan hari aku? Jawapannya mudah, bila aku berfikir secara positif, maka sekeliling aku ialah insan-insan yang menceriakan aku. Dari keluarga aku, kawan baik kawan baru mahupun kawan yang tiba-tiba dah tak kawan, sehinggalah sesiapa sahaja yang melemparkan senyuman pada aku tentunya aku akan balas dengan senyuman. Positifkan diri sentiasa supaya kurang stress kurang sakit kurang fikir. Tapi never underestimated orang yee. Letakkan semuanya sebagai senarai kebahagian kita yang kita akan tetap ingat saat susah mahupun gembira. Semoga senarai itu akan tetap bertambah-tambah Tahun ini merupa...

Cursing Myself

Setiap kali kau disakiti akan ada titik pengalaman yang kau sendiri fikir ianya cukup mengerikan and kau tak nak hadapi lagi. Kau akan rasa macam tak nak ada sesiapa datang lagi and kau nak serahkan urusan masa depan kau pada keluarga kau. Kau nak belajar sampai bila-bila and tak nak temukan sesiapa pun. Kau akan rasa macam kau pemberi harapan dan kau yang akan hancurkan harapan itu. Kau fikir yang kau tak layak untuk sesiapa sebab nanti semuanya akan sia-sia. Kau rasa kau ni perosak orang lain. Faham tak sakit dia macam mana? Aku tunggu orang yang betul-betul selayaknya jadi orang yang boleh berada disisi aku bila susah bila senang. Bila aku give up, bila aku berjaya, sama ada ketika aku sedang terlantar sakit mahupun saat gembira travel together.

Wedding Vs Small Reunion

Image
Hari Jumaat lepas 11 Nov 2016, aku, syu and fana bertolak dari UiTM Puncak Alam menuju ke Johor Bahru. Mula-mula naik bas 753 (RM 2)  sampai ke seksyen 2, lepas tu naik bas percuma sampai ke stesen KTM Shah Alam (RM 5.10) ke TBS. Setiba di KL Sentral kitorang tukar train untuk ke arah Seremban. Tapi tak sampai Seremban sebab nak ke TBS. Nak balik tahu tak! Dekat TBS, kitorang berjumpa dengan effa untuk gerak sama ke JB. Cuaca agak gelap even baru pukul 4 ptg. Masuk exit Seremban-PortDickson untuk ambil ecah. Jadi kitorang dah cukup 5 orang. Disebabkan semuanya tak makan lagi terutama dari Puncak Alam ni, jadi singgah di rnr jejantas Ayer Keroh untuk makan sebentar. Sepanjang perjalanan memang tahan mata aku melayan driver berbual. Diorang siap pesan, siapa tidur sila bayar tol yee. And i was like jangan tidur su. Tapi bagi aku bila lama tak berjumpa, Semestinya ada banyak benda nak diceritakan.  Berbual sampai tiba di Johor pada pukul 8 malam. Okeylah tu kan? Terus pe...

Realiti Hidup Seorang Student

Masih ingatkah masa zaman diploma dulu, tatkala diri mengatakan bahawa degree sama seperti diploma. Cuma mungkin berbeza ialah aras atau tahap pembelajaran kita. Namun ketika aku melangkah ke alam degree, ada beberapa perkara yang unexpected yang aku rasa membuka mata aku dan menarik untuk aku kongsikan bersama semua pembaca (if adalah). Aku rasa banyak perbezaannya yang mungkin setiap individu akan perasan. Aku ialah produk uitm jadi aku bercakap dengan pandangan aku sebagai student uitm.  Doing Something Different Setiap orang mestilah mempunyai life target sama ada untuk meneruskan ke peringkat sarjana mahupun phd. Namun sebelum itu, ijazah yang bakal keluar nanti. Ijazah yang kita bawa untuk apply kerja itu sendiri mungkin berbeza setiap orang. Dari segi akademik, sesiapa sahaja berhak berjaya atsa usaha dan izin Allah, tetapi haruslah berunsurkan ciri-ciri pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan ataupun penglibatan. Aku cakap macam ni sebagai seorang ya...

Cerpen 2 : Kehujanan Ujian Part 1

‘Apa yang kau tahu sebenarnya hanyalah muka hadapan, kau jangan judge aku seperti kau sudah membaca bukunya’ Jerit aku kali ini terhadap Farok. Sudah acapkali aku abaikan segala kata-kata orang kampung mengenai ketiadaanku selama 5 tahun. Dia sendiri tidak tahu sebenarnya apa yang perkatakan, tapi yang dia tahu hanyalah menghebohkan kepergian aku selama ini untuk menutup aib keluarga. Aku menangis lagi. Tidak tahu  yang keberapa kali, tetapi kali ini lebih perit apabila rakan baikku sendiri yang menuduhku bermacam perkara. Lima tahun lepas merupakan titik bermulanya untuk aku yang ingin mencari sebuah kehidupan yang lebih baik berbanding di kampung. Aku cuba meneroka bidang kerjaya di Kuala Lumpur berbekalkan duit poket yang tidak mampu untuk membayar sewa sekalipun. Mereka tidak tahu kesusahan yang aku alami saat aku ditarik ke kancah pelacuran dan judi yang sungguh aku takuti dan dilaknat Allah. Aku mula pergi dengan kenalanku yang aku kenal dari facebook. Dia yang menaw...

Mungkin Berbeza

Hai, i'm back from many thousand years in silent mood. Acah lah suraiya ni. Acah sangat sampai nak kene hempuk dengan buku ENT. Masa aku posting this entry, aku sedang berada di rumah pada pukul 1.45 pagi 30/10/2016 . Banyak benda aku nak story, tapi keep it simple and list anything yang aku ingat untuk story kali ini.  Aku tak tahu apa benda perasaan yang aku tengah rasa sekarang, tapi aku seyakinnya rasakan aku dah lain. Maksud aku , i can feel the different if i can compare myself within 1 year ago. I can't say that my diploma bff was not good because they just too best buddies to me since i part 1. So ini yang aku rasa pada diri aku. Selama 3 tahun, aku mengaku yang aku ni dimanjakan dengan kawan-kawan aku yang rajin (jangan kembang bila baca ni) , jadi aku macam rileks sangat bila buat kerja. because i have my friends yang sangat push myself to do assignment or anything related to study or my life. Still missing them eventhough i have Fana, Syu & Cinta. Lupa nak u...

Yang Dijunjung Tercicir, Yang Ditatang Terjatuh.

Assalamualaikum. Selamat Malam semua. Kali ini mencuri masa untuk mencorakkan kembali minda, kembali melapangkan dada yang makin hari makin sempit dengan agenda dunia. Aku mungkin seorang yang prihatin akan tetapi aku agak psikik dalam merancanakan kehidupan aku. Mungkin aku dilihat seperti sedang terhegeh-hegeh untuk mengejar duniawi, tetapi aku tetapi pegang akhiratku disisi.  Allahu, segalanya masih jauh namun perancangannya masih aku pegang untuk memandu aku ke arah tersebut. Mungkin adakalanya aku terputus sebentar tatkala sedang melewati iklan yang sementara. Tetapi aku buka kembali buku kehidupan untuk aku berpaut kembali kepada tali itu atau mungkin aku sedang melalui selekoh yang tajam sebelum melalui jalan yang lurus. Benar, jalannya masih panjang. Jalannya tidak diketahui sejauh mana. Yang pasti, setiap jalan itu akan bertemu penghujungnya.  Aku selalu berdoa, andai tiba saat aku ditakdirkan untuk sedikit terkeluar dari jalan yang aku sedang tuju. Aku m...

Perjalanan Bermula - UiTM Palam

          Hari 3 September 2016, permulaan untuk diri ini melangkah one step untuk sambung belajar dalam bidang pelancongan. Alhamdulillah, berkat kekuatan diri dan petunjuk dari Allah serta dorongan teman-teman rapat, I made it. Perjalanan dari Seremban ke Puncak Alam mengambil masa dalam 1 jam setengah waktu jalan clear cun melecun. Masa itu, mood masih macam biasa duduk rumah selalu. Tapi bila start pintu masuk UiTM Puncak Alam, maksudnya aku mempunyai satu tanggungjawab yang baru untuk digalas.             So basically, aku ditempatkan di Kolej Casuarina. Kolej dia mostly macam apartment. A little bit excited sebab dulu kat Lendu semua bilik sahaja. Hari first aku haruslah syahdu sebak entah kenapa. Still I have my family yang aku akan tinggalkan sementara aku dekat sini. Teruk sangat aku ni tahap homesick dia. Belum pergi dah sedih pedih, perasaan tu jangan dilayankan yee anak-anak s...

Sebelum Masuk Universiti (UiTM)

Kali ini aku nak share something yang benefit untuk orang, selalu lara je. So kebetulan aku tengah prepare for my second time masuk u ni, so idea menulis benda macam ni tengah fresh dalam otak. Jadi mostly apa yang aku list ni berdasarkan UiTM. Kebanyakan mungkin sama, ada yang berbeza sedikit.  Jadi first thing first.... 1. Semak keputusan masuk U Selepas korang semak tu. Kalau dah habis fikir terus accept kalau ragu-ragu, buat lek dulu. Tapi aku terus acceptlah. So korang ikut je arahan dia, sampai keluar surat tawaran. Tapi jangan print surat tawaran yang dalam website tu, kang segala benda tak penting termasuk sekali. Better untuk print dekat link sebelah kiri. Dekat situ, dia tulis cetak surat tawaran, bayaran yuran , borang medical check up, dan segala macam lagi. Nasihat aku better print banyak-banyak surat tawaran. Sebab ada guna di kemudian hari. Nanti aku story. 2. Buat medical check up Walaupun aku dah print minggu dapat result, tapi aku belum berkes...

Aku Harap Aku Tak Jatuh Cinta

Jangan salah faham dengan tajuk. Aku cuma acah-acah mawar berduri yang entah sampai bila boleh bertahan. Kalau fikirkan balik target kahwin umur 25, tapi kita tak tahu kan apa yang berlaku nanti.  Cuma aku tak nak jatuh cinta atau ada hubungan dengan sesiapa sepanjang 2 tahun akan datang. Aku cuma terlalu seronok dalam hidup aku sampaikan aku tak perdulikan sesiapapun yang contact aku. Ada orang penting sahaja yang aku utamakan.  Aku masih nakkan masa sendiri, kalau boleh aku nak bercinta selepas kahwin supaya aku tak perlu habiskan masa aku untuk whatsapp ataupun call lama-lama. Masuk 20an ni, aku tak minat dah buat benda membazir masa aku nih. Aku tak perlu bazirkan masa aku kenal dengan orang then orang tu lesap macam tu. Bukan seorang tapi 2 orang buat aku macam tu. Rasa macam kene tumbukan supaya aku tak jatuh cinta sesuka hati. Aku masih tunggu seseorang yang buat aku excited nak text, excited nak jumpa. Happy bila berbual. Plan something yang clear bukan acah-a...

Happy Birthday & Happy Degree

Kalau hari ini aku bangun aku inginkan hidupku seperti bayi, tidak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku. Tapi aku manusia, terus dibelenggu dengan jadual hidup yang masih ada. 5 tahun yang lepas,  Aku berumur 16 tahun, remaja yang masih mempunyai semangat membara untuk perjuangkan perkara yang tidak tentu pasti lagi. Mungkin sedang bergembira dengan nikmat selepas peperiksaan besar tahun sebelumnya. Masa tu, aku masih belum faham apa sebenarnya masalah dunia. Jauh lagi permikirannya itu. 10 tahun yang lepas, Aku baru darjah 5, yang aku faham cuma kenapa aku perlu ke sekolah untuk belajar. Dibanding-bandingkan dengan budak pandai. Aku tidak hairan kenapa sedari kecil hidup aku dipertandingkan untuk menentukan kalah atau menang. Aku tertawa mengingatkannya kembali 15 tahun yang lepas, Berkelana dari Sabah, membuka seluruh mata aku bahawa aku tidak lagi tinggal di kawasan kem, dimana kawalan ketat dimana-mana. Memulakan hidup di Semenanjung umpama titik pertama...

Cerpen 1 : Ini Cerita Aku

‘Are you sure nak sambung degree ni?’ Banyak benda yang bermain difikiran aku sehinggakan aku tidak mahu sedikitpun libatkan diri dalam apa-apa jenis perhubungan. Jujur aku rasa teraniaya sebab aku suka seseorang , aku bagi harapan sampaikan aku letak nama dia dalam doa aku. Aku rasa dia ialah bakal imam aku, yang boleh pimpin aku untuk perbetulkan apa yang aku silap. Tapi semua tinggal tanda Tanya. Macam seseorang itu.  ‘Assalamualaikum, jemput datang majlis malam ni. Ada open house. Datang tau!’ Namun tiada balasan hanya salam dijawab beserta emoji yang aku sendiri tidak dapat baca. Beza user dan application biasalah.  Tetapi disebalik perkara yang mengecewakan ada seseorang menghiburkan diri ini. Jadi teman berbual bermacam perkara. Sungguh aku gembira dengan perubahan dia sekarang. Dari dia yang aku kenal sejak sekolah, teman cinta monyet aku. Tetapi sekarang lain, aku boleh berbual dengan rancak dengan dia dalam telefon tetapi aku kelu berbicara di ha...

Ramadhan & Syawal

Image
Assalamualaikum...lama tak berblogging mungkin kekangan masa ataupun nothing to story untuk dikongsikan..first of all, Ramadhan kali ini paling best sepanjang 21 tahun hidup. Biar benar???  Tahun ni seronok sebab aku mulakan satu perubahan. Apa perubahan dia, biar Allah yang tahu. Then. tahun ni puasa dekat rumah which is best sebab dapat gather dengan family. and guess who cooking at evening for prepare meals for fasting? *put my hands up . Hari biasa akulah, hari cuti umi, and aku lah pembantu chef nya..  *flip my hijab . Alhamdulillah, aku dikurniakan rakan-rakan sekolah yang sangat suka gather and akan free kan masa untuk berbuka bersama and konvoi raya.  2.Julai.2016 i need to control my face while eating and someone taking picture of me... ouchh.. Parah dapat gambar seciput yoo.  Bekas Student Sek. Men. Agama Rantau, Negeri Sembilan 2008-2012 Girls session.. Seorang bini orang Seorang bakal bini Yang lain, masih available ...